logo6
Yer, masanya dah tiba... Program realiti bisnes PALING SENDAT dengan ilmu2 bisnes, bakal mengeyangkan minda anda.. Ilmu memulakan bisnes, ilmu management, ilmu marketing, ilmu sales, ilmu launching dan banyak lagi, bakal menanti anda.. Dengan 27 peserta, dengan 2 JURI PALING BERPENGALAMAN, dengan 4 MENTOR PALING BERPENGARUH, dan... Special, seorang COACH PEMASARAN INTERNET PALING BERWIBAWA, bakal menemui anda, SABTU NI, 5.30 PM, TV3....

Program Realiti Mencari CEO DESA? Apa tu?

Ia adalah program yang memaparkan bagaimana 27 peserta yang terpilih akan berentap untuk merebut hadiah yang bernilai rm1 juta. Wow.. banyak giler tu! Tapi hanya seorang saja yang layak! Dan pasti ianya bukan mudah.

Selama 13 minggu..

Peserta akan dapat bimbingan dari mentor2 yang sangat berpengalaman dalam bidang bisnes masing2. Mereka ni akan pantau dan pastikan semua peserta ini buat segala tugasan yang diberikan.

Siapakah mereka?

Mereka adalah..

.. Rozita Che Wan

.. Fizo Omar

.. Fahrin Ahmad

.. Mak Cun (ketua mentor)

Bukan tu je, juri2 xclusive yang sangat expert dalam selok belok dunia bisnes akan muncul. Bukan biasa2 orangnye. Saya kenalkan..

.. Dato Sri Aliff Syukri (Terlajak Laris)

.. Noor Nabila (CEO Naelofar Hijab)

SPECIAL APPEARANCE!

Seorang COACH PEMASARAN INTERNET PALING BERWIBAWA, bakal menemui anda!

Beliau adalah Jamaluddin Bahari (Sifufbads).

Jadi, jom ikuti bagaimana 27 peserta ini membina bisnes mereka pada setiap hari Sabtu, jam 5.30 ptg di TV3.

Kami ulang sekali lagi.. SABTU, JAM 5.30PM DI TV3.

Setiap minggu, kita akan dapat lihat siapa yang tersingkir, dan siapa yang layak utk masuk pusingan seterusnya. Ianya pasti dramatik dan mendebarkan!

8 Sebab Kenapa Usahawan Malaysia WAJIB TONTON Program Ini..

  • Dapat mempelajari ilmu marketing yang ternyata berjaya dan sukses!
  • Juri yang berpengaruh dalam skop perniagaan masing-masing.
  • Mentor yang sangat PROVEN dan LEARN BY EXPERIENCE..
  • Ilmu Bisnes yang berharga untuk kembangkan bisnes.
  • Boleh ceduk ilmu yang diberikan untuk potensi bisnes anda sendiri.
  • Mempelajari step-by-step bisnes ZERO-TO-HERO!
  • Memperolehi idea yang bernas untuk niche setiap perniagaan.
  • Program ini mengetengahkan konsep REAL EXPERIENCE setiap peserta yang sertai.
Siapakah Juri & Mentor Yang Bakal Muncul?
Dato' Sri Aliff Syukri
Pengasas D'Herbs

Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP, merupakan seorang pelakon dan usahawan Malaysia dan pengarah urusan dan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, D' Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang terkenal dengan slogannya, 'Terlajak Laris'. Beliau merupakan anak ketiga kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Beliau telah menghasilkan pelbagai produk "Terlajak Laris" iaitu Coffe Arjuna Maxx, Mandian Mak Bidan, Gamolex Gold, Korset Ratu Kebaya, Jus Perawan Gold, Krim Berherba Gamolex, Kopi Arjuna & Primadona, Syampu Super Lebat, Krim Mutiara Gold, Minyak Kelapa Dara Asli dan pelbagai lagi di masa akan datang. D'Herbs juga mempunyai billboard dan stokis di seluruh Malaysia. Iklan beliau juga telah memasuki platform media.

Kini beliau menjadi Juri #1 untuk Program Realiti CEO DESA, beliau akan curahkan segala selok-belok ilmu bisnes kepada para peserta CEO DESA dan memberikan kritikan yang membina..

Noor Nabila Mohd Noor
CEO Naelofar Hijab

Beliau adalah CEO NH Prima International Sdn Bhd. Syarikat ini mula dibuka pada tahun 2014, di mana adiknya Noor Neelofa Mohd Noor, yang menjadi pengasas kepada jenama Naelofar Hijab. Kebanyakaan tudung keluarannya berbentuk shawl segera. Sejak syarikat ini ditubuhkan, tudung Naelofar Hijab dapat sambutan hangat wanita dari pelbagai umur, di seluruh Malaysia.

Kini, pasaran Naelofar Hijab sudah mencapai ke peringkat antarabangsa. Antara negara luar yang telah menjadi pengedarnya adalah Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat.

Menurut laporan BBC, jualan fesyen Naelofar Hijab sudah mencecah RM50 juta setahun. Misi utama Naelofar Hijab adalah untuk menjadi jenama Hijab No. 1 Dunia.

Nabila merupakan Juri #2 di dalam Program Realiti CEO DESA.

Sifu Jamal
Pengasas SifuFBads Sdn Bhd

Nama beliau Jamaluddin Bahari. Dalam dunia online marketing, beliau lebih dikenali sebagai Sifu JaMaL. Ramai orang gelarkan beliau sebagai Mentor #1 "WALK THE TALK" dalam pemasaran FB di Malaysia. Pengalaman beliau dalam arena online marketing lebih kurang 8 tahun.

Beliau juga merupakan pengarah dan juga pengasas syarikat SifuFBads Sdn Bhd. Syarikat ini dibina khas bagi menyediakan program-program latihan seperti seminar, kelas, konsultansi dalam bidang pemasaran internet.

Beliau juga sangat berpengalaman dalam penganjuran seminar pemasaran internet yang mana, sudah lebih 10 ribu orang telah hadir dan dapat manfaatnya. Ada juga yang dah berjaya capai jualan 6 hingga 7 angka sebulan! Contohnya seperti, Mood Republik, Naelofar, Mamadil, De'Xandra dan banyak lagi!

Special Appearance by COACH FB ADS #1 M'SIA SIFU JAMAL...

Mak Cun
Pengasas Bedak Sejuk Mak Cun

Mak Cun merupakan seorang usahawan desa.. beliau mengusahakan Bedak Sejuk Mak Cun, bedak dah makin menjadi-jadi. Bukan sahaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mak Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mak Cun dah macam kilang buat bedak sejuk.

Bisnes bedak sejuk Mak Cun semakin maju setelah pulang dari Bangkok. Mak Cun di bantu oleh Pak Akob dengan memasang strategi untuk kembangkan lagi bisnes Bedak Sejuk Mak Cun di luar negara, tapi malang tidak berbau kerana kilang yang mengedar produk Mak Cun telah ditutup. Mak Cun telah hilang kesemua pelanggannya.

Selepas tu, Mak Cun bangkit dan memperkenalkan Mak Cun Mart. Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan luas, namun dia ada masalah sedikit untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar. Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya. Nak tembus pasaran yang lain, bukan sesuatu yang mudah.

Dengan pengalaman yang Mak Cun ada, beliau di pilih untuk menjadi Ketua Mentor di dalam Program Realiti Ceo Desa.

Rozita Che Wan
Pengasas Padusi Pictures Sdn Bhd
Rozita Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan "Che Ta") ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah.

Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysiau (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Ketika itu beliau menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 namun. menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen kerja. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan. Kini beliau mempunyai syarikatnya sendiri dibawah naungan Padusi Pictures Sdn Bhd lebih kepada kegiatan seni lakonan.

Cheta merupakan Mentor di dalam Program Realiti CEO DESA.


Fizo Omar
Pengasas Fizo Omar Channel (F.O.C)

Nama beliau Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar. Memilih kerjaya sebagai usahawan selebriti dan pernah dinobatkan sebagai 'Ikon Usahawan Belia Kelantan 2015' , 'Ikon Belia Malaysia 2012-2013' , 'Young Entrepeneur Award 2014' dan juga pernah dilantik sebagai Duta 'Social Media Week 2014'.

Berpengalaman mengendalikan seminar keusahawan di Malaysia yang melibatkan hampir 250 ribu peserta. Sering diundang menjadi speaker di pelbagai agensi, universiti dan syarikat korporat.

Beliau juga adalah pengasas dan pengarah syarikat Fizo Omar Channel dan 5 syarikat lain dibawah naungannya. Dalam kesibukan, beliau kini sedang menyambung pengajian di dalam kajian sosial media marketing dan seterusnya ke peringkat Phd di UUM.

Tidak ketinggalan, beliau juga sempat berkongsi pengalaman jatuh bangun hidupnya didalam buku insipirasi & motivasi 'fizo omar'.

Fizo kini bergelar Mentor di dalam Program Realiti CEO DESA

Fahrin Ahmad
Duta Lerve Cosmetic
Fahrin bin Ahmad ialah seorang pelakon filem, drama dan pengacara Malaysia. Antara rancangan yang pernah beliau acarakan adalah seperti rancangan realiti Sehati Berdansa di Astro Ria. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Pernah bersekolah di SMKA Segamat, Johor, beliau kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Ketika di sekolah beliau aktif bersukan terutamanya sukan ragbi dan telah dilantik menjadi kapten sekolah dan juga mewakili negeri. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di sana.

Rancangan Sehati Berdansa dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Linda Onn. Ketika itu berlaku sedikit salah faham antara Fahrin dan Linda, yang menyaksikan Fahrin kemudiannya digandingkan dengan seorang bekas pramugari iatu Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya. Beliau aktif dalam mempromosikan produk Lerve Cosmetic sebagai Duta rasmi produk itu.

Kini Fahrin Ahmad menjadi salah seorang Mentor di dalam Program CEO DESA.
Memperkenalkan 27 PESERTA Yang Bakal Berentap Untuk Merebut Hadiah Bernilai RM1 JUTA

Siapa Bakal Pemenangnya?"THE REAL CEO DESA"

Berita & Galeri
All Right Reserved © CEO DESA 2017